Jumaat, 20 Disember 2013

adakah apakah

Penggunaan perkataan ‘Adakah’ dan ‘Apakah’

Posted on
Apakah: Kata apakah digunakan dalam ayat tanya untuk mendapatkan jawapan tentang sesuatu, misalnya, tentang nama benda, nama binatang, untuk mendapatkan sesuatu keterangan, dan untuk menanyakan sesuatu yang tidak khusus sifatnya. Biasanya, jawapan kepada soalan ini panjang.
Adakah: Bentuk kata adakah digunakan untuk mendapatkan jawapan ya atau tidak.
Oleh itu, salah jadinya apabila ayat tanya yang menggunakan perkataan adakah digantikan dengan kata ganti nama diri tanya apakah.
1) Apakah benar ceritamu itu?
2) Apakah jauh tempat itu?
3) Apakah kamu bermimpi?
4) Apakah jawapan anda itu tepat?
5) Apakah mereke gemar akan buah ini?
Ayat (1) – (5) seharusnya menggunakan kata tanya adakah seperti yang berikut:
1) Adakah benar ceritamu itu?
2) Adakah jauh tempat itu?
3) Adakah kamu bermimpi?
4) Adakah jawapan anda itu tepat?
5) Adakah mereke gemar akan buah ini?

Ahad, 29 September 2013

KERANCUAN DALAM TATABAHASA


KERANCUAN DALAM TATABAHASA


Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan salah satu sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan.  Kesilapan dalam tatabahasa ini  ini adalah termasuk kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke, dari dan daripada, di antara dan antara dan lain-lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga, boleh merobah makna dalam sesuatu ayat jika ia tidak dititikberatkan.  Berikut disenaraikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.
3.1       Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah
3.1.1                Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata ini ialah seperti berikut :
i )  Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Salah
Betul
Anak adalah anugerah Allah.
Anak ialah anugerah Allah.
Beliau adalah orang yang pertama berhijrah.
Beliau ialah orang yang pertama berhijrah.
Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat cemerlang.
Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat cemerlang
ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Salah
Betul
Kursus ini ialah untuk kaum wanita.
Kursus ini adalah untuk kaum wanita.
Baju itu ialah baik.
Baju itu adalah baik.
iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.
Salah
Betul
Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda.
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah.
Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda.
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah
iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Salah
Betul
Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa…
Dengan ini dimaklumkan bahawa…
Adalah dimaklumkan bahawa…
Dengan ini dimaklumkan bahawa…
v )        Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja
Salah
Betul
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan…
Keputusan ini diambil berdasarkan…
Para pelajar adalah dipelawa memohon…
Para pelajar dipelawa memohon…
3.1.2 Kesimpulannya :
a )        Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.
b)         Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.