Setelah maklumat diperolehi dan
diproses, kesimpulan tentang aspek yang penting hendaklah dibuat.
Kesimpulan atau rumusan ini adalah untuk memberi penekanan kepada dapatan
penting, isu utama, atau pandangan penulis tentang tajuk berkenaan.
Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya
mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk-subtajuk. Sebab-sebab
laporan ditulis;
·
Mengenalpasti masalah
·
Memberikan maklumat dan fakta
·
Mencadangkan penyelesaian
·
Mencadangkan tindakan yang perlu
dilakukan
·
Membuat kesimpulan
·
Menilai sesuatu penyelidikan atau
aktiviti
·
Membuat rekod sesuatu peristiwa
·
Menganalisi aktiviti perniagaan
·
Mensintesis sesuatu pelan
tindakan
·
Menghuraikan sesuatu peristiwa,
prosedur, tindakan dll.
Laporan boleh
berbentuk pendek atau panjang dalam format informal atau formal
Persembahan atau penyampaian ialah
pemindahan mesej daripada penyampai kepada penerima dalam dialog dua hala.
Persembahan laporan yang baik akan menarik perhatian dan mengekalkan daya
tumpuan serta daya ingatan.
Panduan Cara
Persembahan
Di bawah ini dicadangkan beberapa
panduan bagaimana sesuatu penulisan laporan itu dapat dipersembahkan dengan
lebih menarik. Panduan ini adalah berdasarkan singkatan daripada TOPIK
DEWASA. Singkatan ini akan memberikan kpanduan seperti yang
berikut semasa menyediakan dan menulis laporan :
T
|
Topik
|
Nyatakan topik laporan atau penulisan
dengan jelas kepada pembaca
|
O
|
Objektif
|
Apakah objektif penulisan anda? Ini perlu dinyatakan dengan
jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang tujuan penulisan tersebut
|
P
|
Paparan
|
Kenal pasti bagaimanakah paparan atau susun atur seperti
format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan sebagainya hendak
diadakan. Paparan ini perlu diambil kira supaya penulisan anda menarik
dan mudah dibaca dan difahami.
|
I
|
Isi
|
Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan tepat
|
K
|
Kesimpulan
|
Nyatakan kesimpulan laporan anda pada akhir
penulisan. Perkara ini perlu kerana di bahagian inilah letaknya
pendirian, pandangan, dan dapatan anda tentang topik yang dibicarakan.
|
D
|
Definisi
|
Berikan definisi yang jelas bagi setiap istilah atau konsep yang
hendak dibincangkan dalam penulisan anda. Elok juga jika anda
memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk memperjelas apa yang anda
maksudkan dengan perkataan berkenaan.
|
E
|
Elakkan
|
Cuba elakkan
:
- perkataan ayat, konsep dan perenggan yang mengelirukan
- isi yang bertindih-tindih
-
membuat andaian-andaian tertentu
- kesimpulan yang
bercanggah
|
W
|
Wacana
|
Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan penanda wacana yang
tepat, koherens atau kejelekitan, dan kesinambungan idea.
|
A
|
Analitis
|
Berikan pendapat anda secara analitis dan kritis. ini
bermaksud hujah-hujah anda hendaklah disokong dengan bukti, alasan dan fakta.
|
S
|
Saranan
|
Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian akhir
penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca, masyarakat,
pihak berkuasa dan sebagainya.
|
A
|
Apendiks
|
Jika perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan. Apendiks
berfungsi sebagai:
- maklumat atau data tambahan
- glosari atau senarai istilah yang berkaitan
dengan bidang penulisan anda.
- lampiran yang tidak dimasukkan dalam
bahagian penulisan, tetapi perlu dijadikan
sebagai bahan rujukan tambahan kepada
pembaca.
|
Demikan beberapa panduan tentang cara persembahan laporan. Ianya
dapat diringkaskan kepada singkatan
TOPIK DEWASA. Jadikanlah
singkatan ini sebagai panduan untuk membuat laporan yang
berkesan.