3.0 HEURISTIK DALAM PENYELESAIAN MASALAH
Heuristik
merupakan konsep yang lebih umum dan boleh digunakan untuk menyelesaikan
sebarang
jenis masalah. Berikut adalah beberapa jenis heuristik yang boleh digunakan
dalam
penyelesaian
masalah.
3.1 Heuristik secara teka dan uji /
cuba jaya
Strategi
ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan
penyemakan
yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian.
Teka
dan uji memerlukan kita membuat tekaan tentang penyelesaian terlebih dahulu dan
kemudian
menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak. Proses ini diulang sehingga
jawapan
yang betul ditemui. Segala tekaan dan uji / cuba jaya tidak dibuat secara
rambang
atau rawak sahaja. Terdapat tiga cara melaksanakan teka dan uji / cuba jaya
iaitu:
· Teka
dan uji / cuba jaya secara rawak
· Teka
dan uji / cuba jaya secara sistematik
· Teka
dan uji / cuba jaya secara inferens
3.2 Heuristic menggunakan gambarajah
Heuristik
melakar gambarajah boleh membantu pelajar memahami sesuatu masalah
dengan
lebih jelas. Selepas melukis gambarajah secara kasar tetapi jelas, pelajar
boleh
menandakan
maklumatr yang diberikan dalam masalah pada gambarajah itu.
3.3 Heuristik mencari pola
Heuristik
mencari pola, pelajar perlu diberikan beberapa contoh spesifik tentang
masalagh
itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan
penyelesaian
pada suatu masalah itu dan dapat membuat generalisasi itu untuk
mendapatkan
penyelesaian.
3.4 Heuristik bekerja ke belakang
secara songsang
Heuristik
bekerja kebelakang / secara songsang ini boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah
mencari dan masalah membuktikan. Terdapat beberapa masalah yang
memberikan
syarat-syarat akhir sesuatu tindakan dan kita diminta menentukan apa yang
berlaku
sebelumnya. Dalam masalah-masalah sedemikian kita boleh menentukan syaratsyarat
akhir
itu terlebih dahulu dan kemudian menggunakan heuristic bekerja ke belakang
/
secara songsang untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu.
3..5 Heuristik memudahkan masalah
Sesuatu
masalah yang rumit atau kompleks dan yang melibatkan nombor-nombor bernilai
besar,
pelajar enggan menyelesaikannya kerana takut akan niali-nilai besar itu.
Masalahmasalah
yang
komplek itu dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mudah.
Penyelesaian
bagi masalah-masalah yang mudah ini, kemudian digunakan untuk
menyelesaikan
masalah asal.
3.6 Heuristik analogi
Apabila
sesuatu masalah A adalah serupa, setara atau hampir setara dengan masalah B
yang
prosedur penyelesaiannya sudah diketahui, maka heuristic analogi boleh
digunakan
untuk
menyelesaikan masalah A.
3.7 Heuristik membuat
jadual/carta/graf
Heuristik
membuat jadual/carta/graf membabitkan pelajar menyenaraikan secara teratur
semua
kes yang mungkin dalam jadual/ carta/ graf sehingga jawapan yang dikehendaki
itudiperolehi,
ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau membantu pelajar
melihat
corak/pola maklumat. Membuat jadual/carta/garf adalah berguna apabila kita
tidak
dapat menterjemahkan sesuatu masalah ke dalam bentuk ayat matematik
3.8 Huristik ujikaji (eksperimen) dan
simulasi
Terdapat
masalah boleh diselesaikan jika pelajar melaksanakan kerja praktik iaitu
melaksanakan
ujian/eksperimen bagi mendapat maklumat untuk mebantu menyelesaikan
masalah.
Eksperimen/ujikaji yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik dan
menyediakan
bahan-bahan berkaitan, menyimpan rekod dan hasil yang diperolehi.
Apabila
situasi masalah terlalu sukar, bahaya atau melibatkan perbelanjaan yang tinggi
dan
mengambil masa yang terlalu panjang/lama untuk diselesaikan malalui uji kaji,
penggunaan
simulasi boleh dijalankan.
3.9 Heuristik menyusun data/ maklumat
Kadang
kala terdapat masalah matematik dapat diselesaikan dengan cara yang cepat jika
seseorang
dapat mengenali dan sedar tentang maklumat –maklumat atau data yang
terdapat
dalam soalan, boleh disusun supaya lebih teratur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan