34. Antara perkataan berikut, perkataan yang
manakah yang mengandungi tiga morfem terikat
I.
Ketawa
II.
Pertanian
III.
Pertapaan
IV.
Keperihalan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
35. Yang
manakah padanan yang betul antara contoh akronim dengan takrifnya?
Contoh akronim
|
Takrif
|
||
I
|
ADUN
|
P
|
Cantuman huruf awal dan suku kata perkataan
|
II
|
Perkim
|
Q
|
Cantuman huruf awal perkataan
|
III
|
Bernama
|
R
|
Cantuman suku kata awal perkataan
|
IV
|
Jenama
|
S
|
Cantuman suku kata awal perkataan pertama dengan bahagian
lain.
|
I
|
II
|
III
|
IV
|
|
A
|
Q
|
R
|
S
|
P
|
B
|
Q
|
P
|
R
|
S
|
C
|
P
|
Q
|
S
|
R
|
D
|
P
|
S
|
Q
|
R
|
36. Antara
yang berikut, yang manakah tidak tergolong dalam kata majmuk?
A. Titik buta
B. Rukun tetangga
C. Susu pekat manis
D. Kampung halaman
37. Antara yang berikut, yang manakah kata
ganda yang menunjukkan penanda makna kesamaan?
I.
Kuda-kuda
II.
Gula-gula
III.
Rama-rama
IV.
Biri-biri
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
38. Yang
manakah ayat yang menggunakan kata kerja yang membawa maksud benefaktif?
A. Penduduk kampung mendirikan rumah secara
bergotong-royong.
B. Berita yang disampaikan mendukacitakan
kami.
C. Emak memasakkan tetamu gulai ikan patin.
D. Dia menyakinkan saya tentang cerita itu.
39. Yang
manakah yang merupakan sisipan kata adjektif?
I.
Kemetot
II.
Kelupas
III.
Semerbak
IV.
Kelembung
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
40. Yang
manakah ayat yang penggunaan ‘-nya’ sebagai kata pembenda?
I.
Datangnya
musibah itu secara tidak diduga.
II.
Kecewanya
Pak Long apabila anaknya gagal dalam peperiksaan.
III.
Sesungguhnya
kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya.
IV.
Nampaknya
kempen ‘Cintai Sungai Kita’ tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
41. Ayat
yang menggunakan kata pemeri dengan betul ialah
A. Sains angkasa adalah bidang ilmu yang
mengkaji cakerawala.
B. Pelajar yang nakal itu ialah bukan pelajar
daripada sekolah ini.
C. Menderma adalah perbuatan yang amat
mulia ketika bencana alam.
D. Zaman remaja ialah masa yang terbaik
untuk manusia menimba sebanyak mungkin.
42. Yang
manakah kata kerja tak transitif berpelengkap?
I.
Menetap
II.
Hinggap
III.
Bergurau
IV.
Bertambah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
43. Perkataan
yang manakah yang berubah golongan menjadi kata nama apabila
digandakan ?
A. Lari
B. Pijak
C. Kupang
D. Panjang
44. Antara
ayat berikut, yang manakah yang tergolong dalam ayat dasar?
I.
Lelaki
itu mandi-manda di laut.
II.
Ayah
menerima berita sedih itu.
III.
Awak
makanlah kuih yang saya beli.
IV.
Jangan
merokok dalam kawasan sekolah.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
45. Persamaan
antara ayat dasar dengan ayat tunggal ialah kedua-duanya
A. Mengandungi lebih daripada satu klausa.
B. Terdiri daripada ayat penyata dan ayat
pasif.
C. Tidak boleh mengalami pendepanan
predikat.
D. Mengandungi satu konstituen subjek dan
satu konstituen predikat.
46. Antara
yang berikut, yang manakah ayat suruhan?
A. Minumlah jus ini dahulu.
B. Anda tak usah datang lagi.
C. Sila serahkan borang itu ke pejabat.
D. Tolong hantarkan jawapan sebelum hari
Isnin.
47.
Awak rajin kalau awak mendapat hadiah
setiap minggu.
|
Frasa
yang manakah merupakan klausa utama?
A. Awak
B. Awak rajin
C. Awak mendapat hadiah
D. Awak mendapat hadiah setiap minggu
48. Yang
manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif berpelengkap?
I.
Tangan
adik melecur kerana terkena air panas.
II.
Para
pelajar sedang berbincang di dalam kelas.
III.
Cita-cita
Ali ingin menjadi seorang sasterawan.
IV.
Kesihatan ibu sudah beransur sembuh.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
49. Antara yang berikut, yang manakah frasa
nama yang binaannya inti + penerang nama jenis?
I.
Air
limau
II.
Serbuk
pencuci
III.
Jam
tangan
IV.
Kasut
kulit
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
50. Yang
manakah ayat yang mengandungi frasa adjektif sebagai keterangan?
A. Air sungai itu mengalir sungguh tenang.
B. Gaya hidup orang kaya itu sangat sederhana.
C. Kawasan sekolah kita harus bersih demi
keharmonian pelajar.
D. Pengurus itu amat yakin bahawa
syarikatnya akan mendapat untung daripada projek tersebut.
51. Ayat-ayat
berikut menepati struktur ayat pasif kecuali
A
Hutang itu mesti kaujelaskan secepat mungkin.
B
Bebanan ini akan ditanggung oleh kita bersama-sama.
C Buku
ilmiah itu telah dibaca pelajar sebulan yang lalu.
D
Petang semalam, kakak kena saman kerana tidak memakai topi keledar.
52. Antara
yang berikut, yang manakah ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya?
A Guru Sejarah kamu mana?
B Berapakah harga cincin itu?
C Keadaan nenek awak bagaimana?
D Sejak bilakah dia memegang jawatan itu?
53.
Pendepanan
|
Contoh ayat
|
||
I
|
Seluruh predikat
|
P
|
Bermain bola budak itu di padang.
|
II
|
Kata kerja + objek
|
Q
|
Menonton televisyen sambil makan kuaci, kami.
|
III
|
Kata bantu + kata adjektif
|
R
|
Masih belum sihat pesakit diabetes itu.
|
IV
|
Frasa sendi nama
|
S
|
Untuk petani, projek tali air itu dibina.
|
Yang
manakah padanan yang betul antara pendepanan dengan contoh ayat?
I
|
II
|
III
|
IV
|
|
A
|
Q
|
R
|
P
|
S
|
B
|
Q
|
P
|
R
|
S
|
C
|
P
|
Q
|
S
|
R
|
D
|
P
|
S
|
Q
|
R
|
54. Subjek
+ kata kerja + keterangan.
Antara
ayat yang berikut, yang manakah yang memenuhi analisis di atas?
A. Minarwan bermain hoki di padang.
B. Bermain hoki di padang Minarwan
C. Minarwan di padang bermain hoki.
D. Di padang Minarwan bermain hoki.
Penghantaran
pasukan pengaman Malaysia ke Iraq berbekalkan semangat patriotik yang
tinggi.
Frasa yang bergaris dalam ayat di
atas berfungsi sebagai
A. Objek
B. Pelengkap
C. Keterangan sifat
D. Keterangan bandingan
soalan membantu utk menghadapi peperiksaan, tapi klu ada jawapan lagi baik..hehee
BalasPadam