Selasa, 30 April 2013

soalan morfologi semester 4



34.       Antara perkataan berikut, perkataan yang manakah yang mengandungi tiga morfem terikat
                               I.            Ketawa
                            II.            Pertanian
                         III.            Pertapaan
                         IV.            Keperihalan

A.    I dan II
B.     I dan IV
C.     II dan III
D.    III dan IV


35.     Yang manakah padanan yang betul antara contoh akronim dengan takrifnya?



Contoh akronim

Takrif
I
ADUN
P
Cantuman huruf awal dan suku kata perkataan
II
Perkim
Q
Cantuman huruf awal perkataan
III
Bernama
R
Cantuman suku kata awal perkataan
IV
Jenama
S
Cantuman suku kata awal perkataan pertama dengan bahagian lain.





I
II
III
IV
A
Q
R
S
P
B
Q
P
R
S
C
P
Q
S
R
D
P
S
Q
R




36.       Antara yang berikut, yang manakah tidak tergolong dalam kata majmuk?
A.    Titik buta
B.     Rukun tetangga
C.     Susu pekat manis
D.    Kampung halaman


37.       Antara yang berikut, yang manakah kata ganda yang menunjukkan penanda makna kesamaan?
                               I.            Kuda-kuda
                            II.            Gula-gula
                         III.            Rama-rama
                         IV.            Biri-biri

A.    I dan II
B.     I dan IV
C.     II dan III
D.    II dan IV



38.       Yang manakah ayat yang menggunakan kata kerja yang membawa maksud benefaktif?

A.    Penduduk kampung mendirikan rumah secara bergotong-royong.
B.     Berita yang disampaikan mendukacitakan kami.
C.     Emak memasakkan tetamu gulai ikan patin.
D.    Dia menyakinkan saya tentang cerita itu.


39.       Yang manakah yang merupakan sisipan kata adjektif?
                               I.            Kemetot
                            II.            Kelupas
                         III.            Semerbak
                         IV.            Kelembung

A.    I dan II
B.     I dan III
C.     II dan IV
D.    III dan IV





40.       Yang manakah ayat yang penggunaan ‘-nya’ sebagai kata pembenda?

                               I.            Datangnya musibah itu secara tidak diduga.
                            II.            Kecewanya Pak Long apabila anaknya gagal dalam peperiksaan.
                         III.            Sesungguhnya kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya.
                         IV.            Nampaknya kempen ‘Cintai Sungai Kita’ tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

A.    I dan II
B.     I dan IV
C.     II dan III
D.    III dan IV

41.       Ayat yang menggunakan kata pemeri dengan betul ialah
A.    Sains angkasa adalah bidang ilmu yang mengkaji cakerawala.
B.     Pelajar yang nakal itu ialah bukan pelajar daripada sekolah ini.
C.     Menderma adalah perbuatan yang amat mulia ketika bencana alam.
D.    Zaman remaja ialah masa yang terbaik untuk manusia menimba sebanyak mungkin.


42.       Yang manakah kata kerja tak transitif berpelengkap?
                               I.            Menetap
                            II.            Hinggap
                         III.            Bergurau
                         IV.            Bertambah

A.    I dan II
B.     I dan IV
C.     II dan III
D.    III dan IV

43.       Perkataan yang manakah yang berubah golongan menjadi kata nama apabila  
           digandakan ?
A.    Lari
B.     Pijak
C.     Kupang
D.    Panjang






44.       Antara ayat berikut, yang manakah yang tergolong dalam ayat dasar?
                               I.            Lelaki itu mandi-manda di laut.
                            II.            Ayah menerima berita sedih itu.
                         III.            Awak makanlah kuih yang saya beli.
                         IV.            Jangan merokok dalam kawasan sekolah.


A.    I dan II
B.     I dan III
C.     II dan IV
D.    III dan IV

45.       Persamaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal ialah kedua-duanya

A.    Mengandungi lebih daripada satu klausa.
B.     Terdiri daripada ayat penyata dan ayat pasif.
C.     Tidak boleh mengalami pendepanan predikat.
D.    Mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

46.       Antara yang berikut, yang manakah ayat suruhan?

A.    Minumlah jus ini dahulu.
B.     Anda tak usah datang lagi.
C.     Sila serahkan borang itu ke pejabat.
D.    Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Isnin.


47.

Awak rajin kalau awak mendapat hadiah setiap minggu.

                                                                                                                                          
            Frasa yang manakah merupakan klausa utama?

A.    Awak
B.     Awak rajin
C.     Awak mendapat hadiah
D.    Awak mendapat hadiah setiap minggu






48.       Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif berpelengkap?
                               I.            Tangan adik melecur kerana terkena air panas.
                            II.            Para pelajar sedang berbincang di dalam kelas.
                         III.            Cita-cita Ali ingin menjadi seorang sasterawan.
                         IV.             Kesihatan ibu sudah beransur sembuh.
A.    I dan II
B.     I dan III
C.     II dan IV
D.    III dan IV

49.       Antara yang berikut, yang manakah frasa nama yang binaannya inti + penerang nama jenis?
                               I.            Air limau
                            II.            Serbuk pencuci
                         III.            Jam tangan
                         IV.            Kasut kulit

A.    I dan II
B.     I dan IV
C.     II dan III
D.    III dan IV

50.       Yang manakah ayat yang mengandungi frasa adjektif sebagai keterangan?
           
A.    Air sungai itu mengalir sungguh tenang.
B.      Gaya hidup orang kaya itu sangat sederhana.
C.     Kawasan sekolah kita harus bersih demi keharmonian pelajar.
D.    Pengurus itu amat yakin bahawa syarikatnya akan mendapat untung daripada projek tersebut.


51.       Ayat-ayat berikut menepati struktur ayat pasif kecuali        
                  A  Hutang itu mesti kaujelaskan secepat mungkin.
                  B  Bebanan ini akan ditanggung oleh kita bersama-sama.
                  C  Buku ilmiah itu telah dibaca pelajar sebulan yang lalu.
                  D  Petang semalam, kakak kena saman kerana tidak memakai topi keledar.

52.       Antara yang berikut, yang manakah ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya?
                  A Guru Sejarah kamu mana?
                  B Berapakah harga cincin itu?     
                  C Keadaan nenek awak bagaimana?
                  D Sejak bilakah dia memegang jawatan itu?


53.      


Pendepanan

Contoh ayat
I
Seluruh predikat
P
Bermain bola budak itu di padang.
II
Kata kerja + objek
Q
Menonton televisyen sambil makan kuaci, kami.
III
Kata bantu + kata adjektif
R
Masih belum sihat pesakit diabetes itu.
IV
Frasa sendi nama
S
Untuk petani, projek tali air itu dibina.


Yang manakah padanan yang betul antara pendepanan dengan contoh ayat?                 


I
II
III
IV
A
Q
R
P
S
B
Q
P
R
S
C
P
Q
S
R
D
P
S
Q
R



54.       Subjek + kata kerja  + keterangan.
           
            Antara ayat yang berikut, yang manakah yang memenuhi analisis di atas?
A.    Minarwan bermain hoki di padang.
B.     Bermain hoki di padang Minarwan
C.     Minarwan di padang bermain hoki.
D.    Di padang Minarwan bermain hoki.


56.      
        Penghantaran pasukan pengaman Malaysia ke Iraq berbekalkan semangat patriotik yang             
            tinggi.

Frasa yang bergaris dalam ayat di atas berfungsi sebagai
A.    Objek
B.     Pelengkap
C.     Keterangan sifat
D.    Keterangan bandingan