Selasa, 27 Ogos 2013

Kemahiran Membuat Laporan



Setelah maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan tentang aspek yang penting hendaklah dibuat.  Kesimpulan atau rumusan ini adalah untuk memberi penekanan kepada dapatan penting, isu utama, atau pandangan penulis tentang tajuk berkenaan. 
Laporan adalah satu bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya mengandungi bahagian-bahagian, tajuk-tajuk dan subtajuk-subtajuk. Sebab-sebab laporan ditulis; 
·                     Mengenalpasti masalah 
·                     Memberikan maklumat dan fakta 
·                     Mencadangkan penyelesaian 
·                     Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan 
·                     Membuat kesimpulan 
·                     Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti 
·                     Membuat rekod sesuatu peristiwa 
·                     Menganalisi aktiviti perniagaan
·                      Mensintesis sesuatu pelan tindakan 
·                     Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dll. 
 Laporan boleh berbentuk pendek atau panjang dalam format informal atau formal  
Persembahan atau penyampaian ialah pemindahan mesej daripada penyampai kepada penerima dalam dialog dua hala. Persembahan laporan yang baik akan menarik perhatian dan mengekalkan daya tumpuan serta daya ingatan.  
 Panduan Cara Persembahan 
Di bawah ini dicadangkan beberapa panduan bagaimana sesuatu penulisan laporan itu dapat dipersembahkan dengan lebih menarik. Panduan ini adalah berdasarkan singkatan daripada  TOPIK DEWASA.  Singkatan ini akan memberikan kpanduan seperti yang berikut semasa menyediakan dan menulis laporan :
T
Topik
Nyatakan topik laporan atau penulisan        dengan jelas kepada pembaca
O
Objektif
Apakah objektif penulisan anda?  Ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang tujuan penulisan tersebut
P
Paparan
Kenal pasti bagaimanakah paparan atau susun atur seperti format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan sebagainya hendak diadakan.  Paparan ini perlu diambil kira supaya penulisan anda menarik dan mudah dibaca dan difahami.
I
Isi   
Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan tepat
K
Kesimpulan
  Nyatakan kesimpulan laporan anda pada akhir penulisan.  Perkara ini perlu kerana di bahagian inilah letaknya pendirian, pandangan, dan dapatan anda tentang topik yang dibicarakan.
D
Definisi 
Berikan definisi yang jelas bagi setiap istilah atau konsep yang hendak dibincangkan dalam penulisan anda.  Elok juga jika anda memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk memperjelas apa yang anda maksudkan dengan perkataan berkenaan.
E
Elakkan
Cuba elakkan :
- perkataan ayat, konsep dan perenggan yang   mengelirukan
-  isi yang bertindih-tindih 
 -  membuat andaian-andaian tertentu
- kesimpulan yang bercanggah
W
Wacana
Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan penanda wacana yang tepat, koherens atau kejelekitan, dan kesinambungan idea.
A
Analitis
  Berikan pendapat anda secara analitis dan kritis.  ini bermaksud hujah-hujah anda hendaklah disokong dengan bukti, alasan dan fakta.
S
Saranan
Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca, masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya.
A
Apendiks
Jika perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan. Apendiks berfungsi sebagai:
- maklumat atau data tambahan
- glosari atau senarai istilah yang berkaitan
  dengan bidang penulisan anda.
- lampiran yang tidak dimasukkan dalam
   bahagian penulisan, tetapi perlu dijadikan
   sebagai bahan rujukan tambahan kepada
   pembaca.
Demikan beberapa panduan tentang cara persembahan laporan. Ianya dapat  diringkaskan kepada singkatan TOPIK DEWASA. Jadikanlah  singkatan ini sebagai panduan untuk membuat laporan yang berkesan.           

Teknik Membaca SQ3R



SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey)     tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read)       baca
R (recite)     imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review)   baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau  teks.
Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Ahad, 18 Ogos 2013

Jenis data





                        link ke nota jenis data:
                          http://www.scribd.com/doc/161070562/Jenis-Data