Isnin, 27 Mei 2013

plattipus -mamalia.

Dua haiwan mamalia yang bertelur ni boleh dijumpai di Australia & New Guinea sahaja. Kedua - dua haiwan ini aneh sebab mereka bertelur dan bukan beranak.
Sebab haiwan ni bertelur mereka akan beri susu kepada anak-anak mereka dengan menghasilkan susu di kulit dalam kantung.

 
 
Echidnas memakan semut & anai-anai(badan macam landak,cara makan macan tenggiling), bertelur sebiji sahaja utk sekali membiak,mungkin ini yang buat haiwan ni senang pupus.


PLATYPUS


Lagi satu haiwan yang bertelur ialah platypus, walaupun nampak macam comel sampai jadi watak dalam Phineas & Ferb tetapi haiwan ini ada racun di kuku kakinya. Haiwan ni bertelur dalam 1-3 biji setahun. Platypus ni hidup di kawasan air tawar yang bersih sahaja & hampir pupus dulu akibat diburu untuk kulit.

Platypus adalah hewan semi-akuatik yang banyak ditemui di bahagian timur benua Australia. Walaupun Platypus bertelur tapi ia tergolong ke dalam kelas Mamalia karena ia menyusui anaknya. Platypus juga sering dikenal dengan nama duck-billed Platypus atau Platypus berparuh itek disebabkan bentuknya yang menyerupai itek.

Temperatur tubuh platypus kira-kira 32oC. Temperatur ini lebih renda dari kebanyakan Mamalia laon (sekitar 38oC). Tubuh platypus ditutupi bulu berwarna coklat yang menjaga agar tubuhnya tetap hangat. Kaki platipus berselaput seperti itek. Platypus juga memiliki paruh seperti itek. Paruh ini digunakan sebagai organ sensor.

Berat platypus antara di bawah 1kg sampailebih dari 2kg. Panjang tubuhnya sekitar 30-40cm dan panjang ekornya sekitar 10-15cm (jantan) dan 8-13cm (tino). Platypus jantan lebih besar hingga 3x betinanya. Platypus juga adalah haiwan berbisa. Bisa ini digunakan dalam pertarungan perebutan wilayah atau pertempuran antara kaum seangkatan.

masa mula2 manusia jumpa haiwan ni,mereka ingatkan ade orang sengaja jahi

masalah rutin dan bukan rutin

Mengenali Masalah Rutin dan Masalah Bukan Rutin


MASALAH RUTIN
            Masalah rutin merupakan masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam menyelesaikannya. Dalam menyelesaikan masalah rutin, kita hanya perlu memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mengaplikasikan algoritama-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya adalah sudah kita ketahui. Ketika menyelesaikn masalah rutin, kita perlu mengenalpasti
1.    Apakah soalan yang perlu dijawab
2.    Fakta-fakta atau nombor yang perlu digunakan
3.    Operasi-operasi yang perlu digunakan
4.    Anggaran nilai penyelesaian
Masalah rutin memberi kesan sperti berikut kepada kita:
1.    Memberi latihan dalam mengingat fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berurutan
2.    Mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi asas
3.    Memberi peluang untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

MASALAH BUKAN RUTIN
            Masalah bukan rutin merupakan masalah yang memerlukan proses-proses yang lebih tinggi dalam menyelesaikan masalah berbanding masalah rutin. Untuk mencari penyelesaian dalam masalah bukan rutin adalah bergantung kepada kebolehan menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur penyelesaian masalah bukan rutin tidak kita ketahui. Masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza.
            Antara kesan positif dalam mengaplikasikan masalah bukan rutin ialah seperti berikut:
1.    Dapat mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah
2.    Memberi peluang untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaeda-kaedah penyelesaian masalah serta meningkatkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik
3.    Dapat menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik
4.    Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis
SCAFFOLDING
SCAFFOLDING ialah bantuan sosial diberi dengan membahagikan tugasan / aktiviti kepada langkah kecil mengikut kefahaman murid sehingga mereka mencapai kejayaan. Ia merupakan satu sistem bantuan yang menyokong pelajar menjalankan aktiviti.
contoh soalan : guna kaedah scaffolding untuk kira bahagi . (PADAM MUKA SUSAH GILER)

Sabtu, 18 Mei 2013

KATA MAJMUK

Kata majmuk = Rangkai kata setara – menunjukkan bentuk yang sama
Contohnya,
‘guru besar’ = kata majmuk
‘ibu bapa’ = rangkai kata setara
Kedua-duanya kelihatan sama dari segi bentuknya namun dari segi proses pembentukannya berbeza.
kata majmuk ‘guru besar’ = terdiri daripada 2 golongan kata iaitu
                                                   ’kata nama’(guru) + ‘kata adjektif’ (besar)
Sedangkan ‘ibu bapa’ = terdiri daripada golongan kata yang sama
                                         ‘kata nama’(ibu) + ‘kata nama’(bapa)
Peringatan:
Kata Majmuk ‘guru besar’ TIDAK BOLEH menerima sisipan ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya.Jika dihubungkan kata majmuk ‘guru besar’ tidak membentuk makna yang jelas kerana ‘guru dan besar’ TIDAK MENUNJUKKAN MAKNA YANG SEMPURNA.
SEBALIKNYA:
Rangkai kata setara BOLEH disisipkan kata hubung ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya dan TIDAK MENGUBAH maknanya, iaitu ‘ibu bapa’ tidak berbeza maksud dengan ‘ibu dan bapa’ ataupun ‘ibu atau bapa’ – masih merujuk perkara yang sama.
Pembentukkan Kata Majmuk
- Merupakan proses mencantumkan ataupun merangkaikan 2 atau lebih kata dasar yang membentuk suatu makna tertentu.Contohnya :kapal terbang , jalan raya , balai polis
Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada 2 perkataan. Contohnya : kerjasama , tandatangan , beritahu , kakitangan , matahari , jawatankuasa , setiausaha

Khamis, 16 Mei 2013

akronim dan kata singkatan (jawapan untuk modul ms 15)

Menurut Mansoer Pateda (1995:168) singkatan adalah pemendekan kata-kata yang teratur mewujudkan satu bentuk kata. Walaupun kata singkatan hampir menyerupai kata akronim, tetapi ia mempunyai banyak perbezaannya. Perlulah diingatkan bahawa akronim berbeza daripada singkatan. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan manakala akronim adalah gabungan perkataan. Proses singkatan tidak melibatkan gabungan..Kata singkatan adalah pembuangan huruf yang terdapat pada perkataan .

Ahad, 12 Mei 2013

latihan morfologi blog

Latihan Morfologi blog

.STPM 1992
 1. Kata minat dalam ayat ‘Saya tidak minat dalam politik.’ Tidak sempurna bentuknya. Kata ‘minat’ perlu awalam ber- supaya sempurna bentuknya sebagai kata kerja A aktif transitif B pasif transitif C tak transitif berketerangan D tak transitif berpelengkap

 2. Antara yang berikut, yang manakah ayat-ayat yang mengandungi kata kerja pasif? A Surat itu ditulisnya B Adik terhidang lauk yang sudah basi C Mereka itu kami persilakan ke dewan D Hal itu telah saya bincangkan dengannya E Buku itu engkau baca

3. Jalan-jalan raya di Lembah Kelang luas dari semasa ke semasa untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Imbuhan yang betul bagi kata luas dalam ayat di atas ialah A diper… B diper…i C diper…kan D di…kan

 4. Melukis dapat mendatangkan hasil yang lumayan. Kata melukis dalam ayat di atas berfungsi sebagai A kata tugas B kata nama C kata kerja D kata terbitan
5. Antara ayat-ayat berikut, yang manakah yang mempunyai kata ‘sahaja’ yang berfungsi sebagai keterangan kejadian serentak? A Ke mana sahaja dia pergi B Berapa sahaja harganya, saya akan membelinya C Dia hendak menengok sahaja, bukan hendak membeli D Hilang sahaja dia daripada pandangan kita,dia pun berbuat sesuka hati.
 6. Kata-kata yang berikut mengandungi sisipan,kecuali I bergerincing II bergerigi III berserabut IV kecemerlangan V menggeluncur A I dan II B II dan III C III dan IV D IV dan V
7. Yang dimaksudkan dengan kata majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses A merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membawa makna tertentu B menggabungkan awal suku kata atau kombinasi huruf awal dengan suku kata C mengandingkan imbuhan dengan kata dasar D merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membawa makna yang sama
 8. Ahmad memang meminati gadis yang tinggi-lampai untuk dijadikan isterinya. Perkataan tinggi-lampai dalam ayat di atas tergolong dalam penggandaan A berentak bebas B berentak konsonan C separa D penuh 9. Antara berikut,yang manakah yang merupakan prinsip-prinsip sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu?
 I Kata-kata jati dieja dan diucapkan menurut prinsip keselarasan vokal II Kata-kata ambilan daripada bahasa Inggeris dieja dengan mengutamakan bentuk visual asalnya tetapi diucapkan menurut sebutan Melayu. III Kata-kata daripada bahasa-bahasa Nusantara dieja mengikut prinsip keselarasan vokal dan disebut menurut sebutan bahasa Melayu. IV Kata-kata ambilan umum daripada bahasa Arab dieja menurut system ejaan Rumi dan diucapkan menurut kaedah sebutan bahasa Melayu A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV
10. Antara ayat-ayat yang berikut, yang manakah yang menunjukkan penggunaan kata manfaat berimbuhan yang betul?
 I Perdana Menteri mengarahkan agar projek-projek yang bermanfaat sahaja yang dilaksanakan segera. II Sains dan teknologi hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang pertanian. III Alat-alat yang telah dibeli oleh majikan itu amat memanfaatkan pekerjanya. IV Manfaatilah kurniaan Allah dengan kesyukuran. A I dan II B II dan III C III dan IV D IV dan V

11. Antara yang berikut,yang manakah yang menunjukkan penggunaan kata ‘adalah’ yang betul?
 I Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh kelalaian para pekerja II Orang itu adalah bukan orang yang dikehendaki oleh pihak polis. III Masalah yang dihadapi oleh jiran saya itu adalah rumit. IV Tujuan utama tatabahasa diajarkan secara formal adalah untuk memperkaya pengetahuan pelajar tentang system bahasa. A I dan II B II dan III C III dan IV D IV dan V

 STPM 1993
12. Antara rangkai-rangkai kata yang berikut, yang manakah yang termasuk dalam golongan kata majmuk?
 I Ibu bapa II beg tangan III Kiri kanan IV Wakil rakyat V Mata pelajaran A I , II dan III B II, III dan IV C III, IV dan V D II, IV dan V
13. • Mereka sudah pulang ke kampung • Persoalan itu belum diselesaikan • Api itu masih menyala Kata-kata berhuruf condong dalam ayat-ayat di atas ialah A kata bantu ragam B kata bantu aspek C kata penguat hadapan D kata penegas
14. Mereka berpeluk-pelukan seketika sebaik sahaja memenangi pertandingan badminton Piala Thomas. Kata ganda berpeluk-pelukan dalam ayat di atas membawa maksud perbuatan A menyaling B berpanjangan C berulang-ulang D bersungguh-sungguh
15. Ali sedang mengangkat pasu bunga. Kata ‘Ali’ dan ‘sedang’ dalam ayat di atas tergolong dalam golongan A kata nama am dan kata bantu B kata nama khas dan kata bantu C kata nama khas dan kata hubung D kata nama khas dan kata adjektif
r

Sisipan

Sisipan di perkataan guna el,er dan em

 Contoh
bergerincing, bergerigi, berserabut,keruping, kemuning,seruling, telunjuk, selerak, telingkah,gelonsor, kerusut,telapak, kerontang, cerancang

Sabtu, 11 Mei 2013

Janganlah Kamu Bersedih

Anda pernah membaca ayat ini: Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)
Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita. Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah
Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis. Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah,  supaya kita bebas dari api neraka. Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak meneri

Bersedih Itu Adat Manusia

Bersedih Tidak Diajarkan

Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. Abu Dawud)

ada tiga kalimat yang sering  gunakan untuk berzikir.
  1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
  2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  3. Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

KATA KLITIK

KATA klitik ialah istilah yang digunakan untuk ganti nama singkat. Bentuk ini sering digunakan oleh pengguna bahasa berdasarkan keperluan budaya. Bentuk yang lazim digunakan ialah kau-, -mu, -ku, dan -nya.
.
Bentuk singkat ini tidak boleh berdiri sendiri sebagai perkataan. Oleh itu, ganti nama ini perlu dicantumkan pada kata dasar yang mendahului atau mengikutinya.
.
  • kaubaca
  • kausambut
  • kucari

Jumaat, 10 Mei 2013

HEURISTIK DALAM PENYELESAIAN MASALAH



3.0 HEURISTIK DALAM PENYELESAIAN MASALAH
Heuristik merupakan konsep yang lebih umum dan boleh digunakan untuk menyelesaikan
sebarang jenis masalah. Berikut adalah beberapa jenis heuristik yang boleh digunakan dalam
penyelesaian masalah.
3.1 Heuristik secara teka dan uji / cuba jaya
Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan
penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian.
Teka dan uji memerlukan kita membuat tekaan tentang penyelesaian terlebih dahulu dan
kemudian menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak. Proses ini diulang sehingga
jawapan yang betul ditemui. Segala tekaan dan uji / cuba jaya tidak dibuat secara
rambang atau rawak sahaja. Terdapat tiga cara melaksanakan teka dan uji / cuba jaya
iaitu:
· Teka dan uji / cuba jaya secara rawak
· Teka dan uji / cuba jaya secara sistematik
· Teka dan uji / cuba jaya secara inferens
3.2 Heuristic menggunakan gambarajah
Heuristik melakar gambarajah boleh membantu pelajar memahami sesuatu masalah
dengan lebih jelas. Selepas melukis gambarajah secara kasar tetapi jelas, pelajar boleh
menandakan maklumatr yang diberikan dalam masalah pada gambarajah itu.
3.3 Heuristik mencari pola
Heuristik mencari pola, pelajar perlu diberikan beberapa contoh spesifik tentang
masalagh itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan
penyelesaian pada suatu masalah itu dan dapat membuat generalisasi itu untuk
mendapatkan penyelesaian.
3.4 Heuristik bekerja ke belakang secara songsang
Heuristik bekerja kebelakang / secara songsang ini boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah mencari dan masalah membuktikan. Terdapat beberapa masalah yang
memberikan syarat-syarat akhir sesuatu tindakan dan kita diminta menentukan apa yang
berlaku sebelumnya. Dalam masalah-masalah sedemikian kita boleh menentukan syaratsyarat
akhir itu terlebih dahulu dan kemudian menggunakan heuristic bekerja ke belakang
/ secara songsang untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu.
3..5 Heuristik memudahkan masalah
Sesuatu masalah yang rumit atau kompleks dan yang melibatkan nombor-nombor bernilai
besar, pelajar enggan menyelesaikannya kerana takut akan niali-nilai besar itu. Masalahmasalah
yang komplek itu dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mudah.
Penyelesaian bagi masalah-masalah yang mudah ini, kemudian digunakan untuk
menyelesaikan masalah asal.


3.6 Heuristik analogi
Apabila sesuatu masalah A adalah serupa, setara atau hampir setara dengan masalah B
yang prosedur penyelesaiannya sudah diketahui, maka heuristic analogi boleh digunakan
untuk menyelesaikan masalah A.

3.7 Heuristik membuat jadual/carta/graf
Heuristik membuat jadual/carta/graf membabitkan pelajar menyenaraikan secara teratur
semua kes yang mungkin dalam jadual/ carta/ graf sehingga jawapan yang dikehendaki
itudiperolehi, ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau membantu pelajar
melihat corak/pola maklumat. Membuat jadual/carta/garf adalah berguna apabila kita
tidak dapat menterjemahkan sesuatu masalah ke dalam bentuk ayat matematik
3.8 Huristik ujikaji (eksperimen) dan simulasi
Terdapat masalah boleh diselesaikan jika pelajar melaksanakan kerja praktik iaitu
melaksanakan ujian/eksperimen bagi mendapat maklumat untuk mebantu menyelesaikan
masalah. Eksperimen/ujikaji yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik dan
menyediakan bahan-bahan berkaitan, menyimpan rekod dan hasil yang diperolehi.
Apabila situasi masalah terlalu sukar, bahaya atau melibatkan perbelanjaan yang tinggi
dan mengambil masa yang terlalu panjang/lama untuk diselesaikan malalui uji kaji,
penggunaan simulasi boleh dijalankan.
3.9 Heuristik menyusun data/ maklumat
Kadang kala terdapat masalah matematik dapat diselesaikan dengan cara yang cepat jika
seseorang dapat mengenali dan sedar tentang maklumat –maklumat atau data yang
terdapat dalam soalan, boleh disusun supaya lebih teratur.

polya2

2.2 Merancang strategi penyelesaian
Selepas murid memahami soalan tersebut, guru membimbing murid untuk merancang
strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis
strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi,
melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan
analogi dan sebagainya. Dalam langkah ini, penyelesaian pelajar perlu mengenal pasti:
a) Apakah operasi yang terlibat
b) Apakah heuristik / algoritma yang diperlukan
Berikut adalah beberapa heuristik / strategi yang perlu dikembangkan kepada pelajar
semasa pengajaran pembelajaran penyelesaian masalah matematik iaitu:
• Teka dan uji / cuba jaya
Membina model
• Menggunakan gambarajah
• Memudahkan masalah
• Mencari pola / corak
• Membina jadual
• Uji kaji dan simulasi
• Kerja secara songsang / bekerja ke belakang
2.3 Melaksanakan strategi penyelesaian
Sebaik saja penyelesaian msalah telah dirancang, murid boleh melaksanakan strateginya
untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid-murid hendaklah menghuraikan
langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk mendapat jawapan yang
betul. Untuk melaksanakan heuristic / strategi penyelesaian perlu dibuat berdasarkan
kepada perancangan yang telah dirancang pada awalnya
2.4 Menyemak semula penyelesaian
Akhirnya, murid boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama
ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, murid boleh menyemak jawapan
dengan mencari cara yang lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau
menggunakan cara sonsang seperti jawapan yang diperoleh daripada operasi bahagi boleh
disemak dengan operasi darab

MODEL POLYA

Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah
matematik yang dibina oleh George Polya. Georga Polya telah memperkenalkan satu model
penyelesaian masalah dalam bukunya ‘How to Solve It’ yang memberi tumpuan teknik
penyelesaiaan masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat
dipindahkan sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:
i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah
ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian
iii) Melaksanakan penyelesaian
iv) Menyemak semula

2.1 Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah
Pada peringkat ini, murid akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan
menerangkan masalah. Murid juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang
serupa dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan. Dalam Sinopsis:
Bagaimana Memperolehi Kecemerlangan Dalam Matematik? (2007), di peringkat ini
murid dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam masalah sesuatu soalan,
perkaitan di antara item-item yang dikenalpasti dan item yang hendak dicari atau
dijawab. Dalam memahami dan mentafsir masalah yang dikemukakan Polya, beliau
mengatakan langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah murid perlu memahami
dahulu masalah yang diberikan. Murid perlu mengenal pasti:
a) Apa yang diberikan, apa dia entiti-entiti, nombor-nombor, bentuk-bentuk perkaitan dan
nilai-nilai yang terlibat?
b) Apa yang perlu dicari? Di sini guru telah membantu murid memahami masalah dengan
menyoal beberapa yang telah disediakan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh
dijadikan panduan kepada pelajar untuk memahami masalah yang komplek iaitu:
• Tanya soalan
• Terangkan masalah dengan perkataan sendiri
• Kaitkan dengan masalah lain yang hampir sama
• Fokus pada bahagian yang penting
• Buat model
• Lukis rajah

lihat catatan polya2