Ahad, 12 Mei 2013

latihan morfologi blog

Latihan Morfologi blog

.STPM 1992
 1. Kata minat dalam ayat ‘Saya tidak minat dalam politik.’ Tidak sempurna bentuknya. Kata ‘minat’ perlu awalam ber- supaya sempurna bentuknya sebagai kata kerja A aktif transitif B pasif transitif C tak transitif berketerangan D tak transitif berpelengkap

 2. Antara yang berikut, yang manakah ayat-ayat yang mengandungi kata kerja pasif? A Surat itu ditulisnya B Adik terhidang lauk yang sudah basi C Mereka itu kami persilakan ke dewan D Hal itu telah saya bincangkan dengannya E Buku itu engkau baca

3. Jalan-jalan raya di Lembah Kelang luas dari semasa ke semasa untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Imbuhan yang betul bagi kata luas dalam ayat di atas ialah A diper… B diper…i C diper…kan D di…kan

 4. Melukis dapat mendatangkan hasil yang lumayan. Kata melukis dalam ayat di atas berfungsi sebagai A kata tugas B kata nama C kata kerja D kata terbitan
5. Antara ayat-ayat berikut, yang manakah yang mempunyai kata ‘sahaja’ yang berfungsi sebagai keterangan kejadian serentak? A Ke mana sahaja dia pergi B Berapa sahaja harganya, saya akan membelinya C Dia hendak menengok sahaja, bukan hendak membeli D Hilang sahaja dia daripada pandangan kita,dia pun berbuat sesuka hati.
 6. Kata-kata yang berikut mengandungi sisipan,kecuali I bergerincing II bergerigi III berserabut IV kecemerlangan V menggeluncur A I dan II B II dan III C III dan IV D IV dan V
7. Yang dimaksudkan dengan kata majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses A merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membawa makna tertentu B menggabungkan awal suku kata atau kombinasi huruf awal dengan suku kata C mengandingkan imbuhan dengan kata dasar D merangkaikan dua kata dasar atau lebih untuk membawa makna yang sama
 8. Ahmad memang meminati gadis yang tinggi-lampai untuk dijadikan isterinya. Perkataan tinggi-lampai dalam ayat di atas tergolong dalam penggandaan A berentak bebas B berentak konsonan C separa D penuh 9. Antara berikut,yang manakah yang merupakan prinsip-prinsip sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu?
 I Kata-kata jati dieja dan diucapkan menurut prinsip keselarasan vokal II Kata-kata ambilan daripada bahasa Inggeris dieja dengan mengutamakan bentuk visual asalnya tetapi diucapkan menurut sebutan Melayu. III Kata-kata daripada bahasa-bahasa Nusantara dieja mengikut prinsip keselarasan vokal dan disebut menurut sebutan bahasa Melayu. IV Kata-kata ambilan umum daripada bahasa Arab dieja menurut system ejaan Rumi dan diucapkan menurut kaedah sebutan bahasa Melayu A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV
10. Antara ayat-ayat yang berikut, yang manakah yang menunjukkan penggunaan kata manfaat berimbuhan yang betul?
 I Perdana Menteri mengarahkan agar projek-projek yang bermanfaat sahaja yang dilaksanakan segera. II Sains dan teknologi hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang pertanian. III Alat-alat yang telah dibeli oleh majikan itu amat memanfaatkan pekerjanya. IV Manfaatilah kurniaan Allah dengan kesyukuran. A I dan II B II dan III C III dan IV D IV dan V

11. Antara yang berikut,yang manakah yang menunjukkan penggunaan kata ‘adalah’ yang betul?
 I Perkara itu berlaku adalah disebabkan oleh kelalaian para pekerja II Orang itu adalah bukan orang yang dikehendaki oleh pihak polis. III Masalah yang dihadapi oleh jiran saya itu adalah rumit. IV Tujuan utama tatabahasa diajarkan secara formal adalah untuk memperkaya pengetahuan pelajar tentang system bahasa. A I dan II B II dan III C III dan IV D IV dan V

 STPM 1993
12. Antara rangkai-rangkai kata yang berikut, yang manakah yang termasuk dalam golongan kata majmuk?
 I Ibu bapa II beg tangan III Kiri kanan IV Wakil rakyat V Mata pelajaran A I , II dan III B II, III dan IV C III, IV dan V D II, IV dan V
13. • Mereka sudah pulang ke kampung • Persoalan itu belum diselesaikan • Api itu masih menyala Kata-kata berhuruf condong dalam ayat-ayat di atas ialah A kata bantu ragam B kata bantu aspek C kata penguat hadapan D kata penegas
14. Mereka berpeluk-pelukan seketika sebaik sahaja memenangi pertandingan badminton Piala Thomas. Kata ganda berpeluk-pelukan dalam ayat di atas membawa maksud perbuatan A menyaling B berpanjangan C berulang-ulang D bersungguh-sungguh
15. Ali sedang mengangkat pasu bunga. Kata ‘Ali’ dan ‘sedang’ dalam ayat di atas tergolong dalam golongan A kata nama am dan kata bantu B kata nama khas dan kata bantu C kata nama khas dan kata hubung D kata nama khas dan kata adjektif
r

2 ulasan:

  1. cadangan jawapanan
    1d 2 a 3 a 4 b 5d 6 d 7 a 8 a 9a 10? a 11 c
    12 i,ii, iv,v 13 b 14 a 15 b
    tuliskan jawapan anda....pula.

    BalasPadam