Isnin, 27 Mei 2013

masalah rutin dan bukan rutin

Mengenali Masalah Rutin dan Masalah Bukan Rutin


MASALAH RUTIN
            Masalah rutin merupakan masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam menyelesaikannya. Dalam menyelesaikan masalah rutin, kita hanya perlu memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mengaplikasikan algoritama-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya adalah sudah kita ketahui. Ketika menyelesaikn masalah rutin, kita perlu mengenalpasti
1.    Apakah soalan yang perlu dijawab
2.    Fakta-fakta atau nombor yang perlu digunakan
3.    Operasi-operasi yang perlu digunakan
4.    Anggaran nilai penyelesaian
Masalah rutin memberi kesan sperti berikut kepada kita:
1.    Memberi latihan dalam mengingat fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berurutan
2.    Mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi asas
3.    Memberi peluang untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

MASALAH BUKAN RUTIN
            Masalah bukan rutin merupakan masalah yang memerlukan proses-proses yang lebih tinggi dalam menyelesaikan masalah berbanding masalah rutin. Untuk mencari penyelesaian dalam masalah bukan rutin adalah bergantung kepada kebolehan menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur penyelesaian masalah bukan rutin tidak kita ketahui. Masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza.
            Antara kesan positif dalam mengaplikasikan masalah bukan rutin ialah seperti berikut:
1.    Dapat mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah
2.    Memberi peluang untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaeda-kaedah penyelesaian masalah serta meningkatkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik
3.    Dapat menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik
4.    Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan