Sabtu, 18 Mei 2013

KATA MAJMUK

Kata majmuk = Rangkai kata setara – menunjukkan bentuk yang sama
Contohnya,
‘guru besar’ = kata majmuk
‘ibu bapa’ = rangkai kata setara
Kedua-duanya kelihatan sama dari segi bentuknya namun dari segi proses pembentukannya berbeza.
kata majmuk ‘guru besar’ = terdiri daripada 2 golongan kata iaitu
                                                   ’kata nama’(guru) + ‘kata adjektif’ (besar)
Sedangkan ‘ibu bapa’ = terdiri daripada golongan kata yang sama
                                         ‘kata nama’(ibu) + ‘kata nama’(bapa)
Peringatan:
Kata Majmuk ‘guru besar’ TIDAK BOLEH menerima sisipan ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya.Jika dihubungkan kata majmuk ‘guru besar’ tidak membentuk makna yang jelas kerana ‘guru dan besar’ TIDAK MENUNJUKKAN MAKNA YANG SEMPURNA.
SEBALIKNYA:
Rangkai kata setara BOLEH disisipkan kata hubung ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya dan TIDAK MENGUBAH maknanya, iaitu ‘ibu bapa’ tidak berbeza maksud dengan ‘ibu dan bapa’ ataupun ‘ibu atau bapa’ – masih merujuk perkara yang sama.
Pembentukkan Kata Majmuk
- Merupakan proses mencantumkan ataupun merangkaikan 2 atau lebih kata dasar yang membentuk suatu makna tertentu.Contohnya :kapal terbang , jalan raya , balai polis
Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada 2 perkataan. Contohnya : kerjasama , tandatangan , beritahu , kakitangan , matahari , jawatankuasa , setiausaha

1 ulasan:

  1. RUJUK VIDEO INI ....
    http://fazli-muslim.blogspot.com/2011/01/blog-post.html

    BalasPadam