Jumaat, 10 Mei 2013

polya2

2.2 Merancang strategi penyelesaian
Selepas murid memahami soalan tersebut, guru membimbing murid untuk merancang
strategi yang sesuai dengan permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis
strategi penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat simulasi,
melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan
analogi dan sebagainya. Dalam langkah ini, penyelesaian pelajar perlu mengenal pasti:
a) Apakah operasi yang terlibat
b) Apakah heuristik / algoritma yang diperlukan
Berikut adalah beberapa heuristik / strategi yang perlu dikembangkan kepada pelajar
semasa pengajaran pembelajaran penyelesaian masalah matematik iaitu:
• Teka dan uji / cuba jaya
Membina model
• Menggunakan gambarajah
• Memudahkan masalah
• Mencari pola / corak
• Membina jadual
• Uji kaji dan simulasi
• Kerja secara songsang / bekerja ke belakang
2.3 Melaksanakan strategi penyelesaian
Sebaik saja penyelesaian msalah telah dirancang, murid boleh melaksanakan strateginya
untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid-murid hendaklah menghuraikan
langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik untuk mendapat jawapan yang
betul. Untuk melaksanakan heuristic / strategi penyelesaian perlu dibuat berdasarkan
kepada perancangan yang telah dirancang pada awalnya
2.4 Menyemak semula penyelesaian
Akhirnya, murid boleh menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama
ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, murid boleh menyemak jawapan
dengan mencari cara yang lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau
menggunakan cara sonsang seperti jawapan yang diperoleh daripada operasi bahagi boleh
disemak dengan operasi darab

1 ulasan: