Jumaat, 10 Mei 2013

MODEL POLYA

Menurut Noor Shah Saad (2005: 182), Model Polya merupakan model penyelesaian masalah
matematik yang dibina oleh George Polya. Georga Polya telah memperkenalkan satu model
penyelesaian masalah dalam bukunya ‘How to Solve It’ yang memberi tumpuan teknik
penyelesaiaan masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat
dipindahkan sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu:
i) Memahami dan mentafsir sesuatu masalah
ii) Merancang / membentuk rancangan penyelesaian
iii) Melaksanakan penyelesaian
iv) Menyemak semula

2.1 Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah
Pada peringkat ini, murid akan dibimbing untuk mengenal pasti kata-kata kunci dan
menerangkan masalah. Murid juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang
serupa dengan melukis gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan. Dalam Sinopsis:
Bagaimana Memperolehi Kecemerlangan Dalam Matematik? (2007), di peringkat ini
murid dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam masalah sesuatu soalan,
perkaitan di antara item-item yang dikenalpasti dan item yang hendak dicari atau
dijawab. Dalam memahami dan mentafsir masalah yang dikemukakan Polya, beliau
mengatakan langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah murid perlu memahami
dahulu masalah yang diberikan. Murid perlu mengenal pasti:
a) Apa yang diberikan, apa dia entiti-entiti, nombor-nombor, bentuk-bentuk perkaitan dan
nilai-nilai yang terlibat?
b) Apa yang perlu dicari? Di sini guru telah membantu murid memahami masalah dengan
menyoal beberapa yang telah disediakan. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh
dijadikan panduan kepada pelajar untuk memahami masalah yang komplek iaitu:
• Tanya soalan
• Terangkan masalah dengan perkataan sendiri
• Kaitkan dengan masalah lain yang hampir sama
• Fokus pada bahagian yang penting
• Buat model
• Lukis rajah

lihat catatan polya2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan