Jumaat, 10 Mei 2013

HEURISTIK DALAM PENYELESAIAN MASALAH



3.0 HEURISTIK DALAM PENYELESAIAN MASALAH
Heuristik merupakan konsep yang lebih umum dan boleh digunakan untuk menyelesaikan
sebarang jenis masalah. Berikut adalah beberapa jenis heuristik yang boleh digunakan dalam
penyelesaian masalah.
3.1 Heuristik secara teka dan uji / cuba jaya
Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan
penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian.
Teka dan uji memerlukan kita membuat tekaan tentang penyelesaian terlebih dahulu dan
kemudian menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak. Proses ini diulang sehingga
jawapan yang betul ditemui. Segala tekaan dan uji / cuba jaya tidak dibuat secara
rambang atau rawak sahaja. Terdapat tiga cara melaksanakan teka dan uji / cuba jaya
iaitu:
· Teka dan uji / cuba jaya secara rawak
· Teka dan uji / cuba jaya secara sistematik
· Teka dan uji / cuba jaya secara inferens
3.2 Heuristic menggunakan gambarajah
Heuristik melakar gambarajah boleh membantu pelajar memahami sesuatu masalah
dengan lebih jelas. Selepas melukis gambarajah secara kasar tetapi jelas, pelajar boleh
menandakan maklumatr yang diberikan dalam masalah pada gambarajah itu.
3.3 Heuristik mencari pola
Heuristik mencari pola, pelajar perlu diberikan beberapa contoh spesifik tentang
masalagh itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan
penyelesaian pada suatu masalah itu dan dapat membuat generalisasi itu untuk
mendapatkan penyelesaian.
3.4 Heuristik bekerja ke belakang secara songsang
Heuristik bekerja kebelakang / secara songsang ini boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah mencari dan masalah membuktikan. Terdapat beberapa masalah yang
memberikan syarat-syarat akhir sesuatu tindakan dan kita diminta menentukan apa yang
berlaku sebelumnya. Dalam masalah-masalah sedemikian kita boleh menentukan syaratsyarat
akhir itu terlebih dahulu dan kemudian menggunakan heuristic bekerja ke belakang
/ secara songsang untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu.
3..5 Heuristik memudahkan masalah
Sesuatu masalah yang rumit atau kompleks dan yang melibatkan nombor-nombor bernilai
besar, pelajar enggan menyelesaikannya kerana takut akan niali-nilai besar itu. Masalahmasalah
yang komplek itu dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mudah.
Penyelesaian bagi masalah-masalah yang mudah ini, kemudian digunakan untuk
menyelesaikan masalah asal.


3.6 Heuristik analogi
Apabila sesuatu masalah A adalah serupa, setara atau hampir setara dengan masalah B
yang prosedur penyelesaiannya sudah diketahui, maka heuristic analogi boleh digunakan
untuk menyelesaikan masalah A.

3.7 Heuristik membuat jadual/carta/graf
Heuristik membuat jadual/carta/graf membabitkan pelajar menyenaraikan secara teratur
semua kes yang mungkin dalam jadual/ carta/ graf sehingga jawapan yang dikehendaki
itudiperolehi, ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau membantu pelajar
melihat corak/pola maklumat. Membuat jadual/carta/garf adalah berguna apabila kita
tidak dapat menterjemahkan sesuatu masalah ke dalam bentuk ayat matematik
3.8 Huristik ujikaji (eksperimen) dan simulasi
Terdapat masalah boleh diselesaikan jika pelajar melaksanakan kerja praktik iaitu
melaksanakan ujian/eksperimen bagi mendapat maklumat untuk mebantu menyelesaikan
masalah. Eksperimen/ujikaji yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik dan
menyediakan bahan-bahan berkaitan, menyimpan rekod dan hasil yang diperolehi.
Apabila situasi masalah terlalu sukar, bahaya atau melibatkan perbelanjaan yang tinggi
dan mengambil masa yang terlalu panjang/lama untuk diselesaikan malalui uji kaji,
penggunaan simulasi boleh dijalankan.
3.9 Heuristik menyusun data/ maklumat
Kadang kala terdapat masalah matematik dapat diselesaikan dengan cara yang cepat jika
seseorang dapat mengenali dan sedar tentang maklumat –maklumat atau data yang
terdapat dalam soalan, boleh disusun supaya lebih teratur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan